Thursday, March 20, 2014

Luahan Hati Sahabat Kapten Zaharie

"Di mana pun awak berada, saya berharap awak selamat!"

Zaharie bersama-sama dengan beberapa juruterbang lain membeli “motion controller" saya untuk menaik taraf simulator mereka. Saya berasa sedih apabila mendengar berita melalui media dengan "teori” yang mengaitkan bunuh diri dan keganasan dalam Penerbangan Malaysia MH370 ke atas Zaharie."

Saya telah mengenali beliau selama beberapa setahun dan mendapati dia sememangnya seorang lelaki, suami dan bapa yang baik. Beliau bangga dengan kepakaran beliau membina simulator itu, dia juga berkongsi dengan saya dan rakan yang lain (video YouTube yang tersebar)

Saya sudah bosan dengan laporan negatif media mengenai lelaki ini tanpa sebarang bukti, hanya teori!

"Saya percaya pengganas tidak akan cukup terbuka sebagaimana Kapten Zaharie dengan minat dan semangatnya terhadap simulasi penerbangan. Banyak juruterbang syarikat penerbangan komersial dari seluruh dunia menghubungi saya untuk membantu dalam simulator buatan mereka dan berkongsi minat yang sama seperti Zaharie. saya tidak melihat itu sebagai satu "ancaman", saya melihat ia “semata-mata demi penerbangan” cuba anda perhatikan, pemandu kereta lumba turut mempunyai simulator mereka sendiri, adakah mereka boleh dianggap sebagai pengganas juga?

No comments:

Post a Comment