Wednesday, March 19, 2014

Penduduk Maldives dakwa lihat pesawat terbang rendah

MALE 19 Mac - Beberapa penduduk Maldives mendakwa ternampak sebuah pesawat yang mempunyai `garisan merah', dipercayai MH370, terbang rendah di kawasan rumah mereka pada hari kehilangan kapal terbang berkenaan.
Akhbar harian negara ini, Haveeru melaporkan, saksi menggambarkan pesawat berwarna putih itu mempunyai warna yang sama seperti MH370 dan melintasi ruang udara kira-kira 6.15 pagi pada 8 Mac lalu.
Akhbar itu menjelaskan, penduduk di Kuda Huvadhoo mendengar bunyi bising enjin pesawat yang tidak dikenali terbang dari arah tenggara ke selatan penghujung rantaian pulau Maldives iaitu Pulau Addu.
Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dapat disahkan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment