Tuesday, March 25, 2014

Tuhan lebih sayangkan ayah - anak ketua pramugara MH370

Tuhan lebih sayangkan ayah - anak ketua pramugara MH370KUALA LUMPUR: Maira Elizabeth Nari, anak kepada Andrew Nari, salah seorang anak kapal MH370 redha dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam sidang media sebentar tadi.

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, Maira seakan kelu tak terkata, namun kemudiannya dia redha dan menganggap semua ini terjadi kerana tuhan lebih sayangkan ayahnya.


Terdahulu, beliau mengharapkan bahawa bapa beliau boleh berada di sisi untukmengambil keputusanSPM bersama.

Tweet dari Maira sering mendapat perhatian. Pada 16 Mac, tweet yang berkata bapa beliau tidak pernah terlepas peluang untuk menontonperlawanan Liverpoolturut mendapat balas daripada kelab bola itu dan juga peminat-peminatnya di seluruh dunia - Awani


No comments:

Post a Comment