Friday, July 25, 2014

51 lagi keranda dibawa ke Belanda

Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) memindahkan mayat-mayat mangsa MH17 untuk tugasan forensik di Kharkiv (Ukraine) semalam. Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai hari ini. - BERNAMA

KHARKHIV, Ukraine 24 Julai - Dua pesawat tentera digunakan untuk membawa 51 keranda yang mengandungi mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine minggu lepas, pada hari kedua penghantaran ke Belanda hari ini.

Kerajaan Ukraine berkata, dua pesawat tentera Belanda itu berlepas pada kira-kira 12 tengah hari dari Kharkiv selepas kumpulan pertama jenazah mangsa pesawat MH17 tiba di Belanda, semalam dan disambut oleh pemerintah negara itu, Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima serta beratus-ratus ahli keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 mayat penumpang pesawat itu telah dihantar melalui kereta api dari kawasan kejadian berhampiran Torez ke Kharkhiv.

Dalam kejadian yang berlaku minggu lepas, seramai 298 orang terbunuh apabila pesawat MH17 ditembak jatuh ketika melalui ruang udara timur Ukraine.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Tony Blair berkata, Australia menghantar 50 pegawai polis ke London sebagai persediaan untuk menyertai pasukan antarabangsa mengawal keselamatan kawasan kejadian nahas di Ukraine.

"Kementerian Luar Australia dan Belanda kini dalam rundingan meminta persetujuan untuk menempatkan pasukan antarabangsa untuk mengawal kawasan nahas,'' katanya. - AGENSI



No comments:

Post a Comment