Thursday, July 24, 2014

Gambar Ketibaan Mayat Mangsa MH17 Di Eindhoven Belanda


mh17 holand 1

Dua pesawat pengangkut tentera membawa 40 keranda mangsa nahas Malaysia Airlines MH17 mendarat di Eindhoven, Belanda.
Pesawat Hercules C-130 Belanda membawa 16 keranda manakala pesawat tentera C-17 Globemaster Australia membawa 24 keranda. Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Ukraine tengah hai semalam.mh17 belanda
Hadir menanti ketibaan pesawat berkenaan di Pangkalan Udara Eindhoven ialah Raja Belanda, Willem-Alexander, Permaisuri Maxima, Perdana Menteri, Mark Rutte dan pegawai kerajaan.
Ratusan ahli keluarga dan waris mangsa turut berada di sana.
Keadaan memang amat menyedihkan bagi yang hadir, kerana selepas beberapa hari sejak nahas, akhirnya mangsa-mangsa ini akan diuruskan dengan lebih baik dan bermaruah.mh17 amsterdam
Dalam kenyataan media hari ini Raja Willem-Alexander, Perdana Menteri Mark Rutte berkata, Malaysia menyertai komuniti antarabangsa untuk mencari kebenaran bagi pihak keluarga mangsa, melakukan yang terbaik untuk mengelak kekejaman seperti ini daripada berlaku lagi dan untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
mh17 holand
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berada di negara itu merakamkan ucapan takziah bagi pihak Perdana Menteri dan rakyat Malaysia kepada semua keluarga mangsa nahas udara MH17.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Mark Rutte dan kerajaan Netherlands atas sokongan dan kerjasama mereka dalam masa yang sukar ini. Kami akan bekerjasama untuk menghantar pulang mayat mangsa.
“Matlamat kita sekarang ialah untuk mengembalikan mangsa yang terkorban ke pangkuan keluarga masing-masing secepat mungkin, manakala penyelidik akan meneruskan siasatan di lokasi kemalangan,” kata Liow.

No comments:

Post a Comment