Monday, July 7, 2014

Kisah Cinta Syarifah Aini

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI

ALIFF KINI TANPA IBU, IKUTI RENTETAN KISAH CINTA SHARIFAH AINI BERSAMA BEKAS SUAMI | Perkahwinan penyanyi terkenal Sharifah Aini dengan penganjur konsert Ali Bakar telah berlangsung dalam tahun 1981. Sebelum itu mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama hampir 6 tahun iaitu ketika Sharifah Aini baru berusia awal 20-an.  

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI

Sharifah Aini berkahwin pada usia beliau 28 tahun, dan perkahwinan pertama tersebut hanya bertahan selama 10 bulan! Sharifah Aini mengandungkan anak sulungnya Aliff sebulan selepas berkahwin. Tidak lama selepas Aliff dilahirkan, Sharifah Aini dan Ali Bakar telah bercerai.

Dalam satu temubual pada 1999, Sharifah Aini memberitahu bahawa perceraian tersebut terjadi kerana "kita melanggar pilihan keluarga Ali. Jadi perkahwinan tak ada restu... bila perkahwinan tak ada restu... ia menimbulkan berbagai-bagai masalah".

Beliau juga membayangkan satu lagi punca perceraian tersebut dengan berkata, "I takkan maafkan seseorang yang menyebabkan I bercerai dengan Ali. Dia harus bertanggungjawab di atas keruntuhan rumah tangga kami", dan "Sampai hari ini saya masih marah dengan seseorang yang menjadikan kami bercerai"

DI sebalik kegembiraan menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara daripada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita) pada majlis Anugerah Kecapi 2006, di ibu negara baru-baru ini, tersembunyi sejuta kesayuan di hati penerimanya, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar.

Bekas suami Sharifah Aini tersentuh hati

SHARIFAH AINI membisikkan sesuatu kepada bekas suaminya, Ali Bakar sebelum bercerai dahulu Dia akur dengan jodoh yang sudah ditetapkan oleh Allah.

Hakikat ini kerana sesudah lebih 20 tahun tidak bertentang mata dengan bekas suaminya, Ali Bakar, promoter dan pejuang rock tanah air, mereka akhirnya kembali bertemu dalam sebuah majlis bersejarah lalu bertanyakan khabar berita masing-masing. Disebabkan begitu terharu, kedua-dua mereka menitiskan air mata.

Pertemuan manis itu berlaku selepas Sharifah menerima trofi utama pada malam terbabit. Seperti ramai tetamu lain, Ali datang menemui penyanyi Seri Dewi Malam itu untuk mengucapkan tahniah. Ramai tetamu yang berada berhampiran mereka turut tergaman melihat pertemuan antara bekas pasangan suami isteri itu.

"Memang selepas bercerai, kami tidak berhubungan lagi kerana mahu mengelak timbulnya sebarang masalah. Tapi bagi saya, Ali tetap seorang sahabat yang baik dan karyawan seni yang gigih. Saya sedar dunia seni ini kecil saja dan satu hari kami mungkin akan bertemu semula. Jadi tidak pernah ada pun sekelumit dendam di hati saya terhadap apa yang berlaku dalam perkahwinan kami dulu kerana semuanya sudah takdir.

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI

"Masyarakat pun tahu, saya pernah berkahwin dengan Ali dan dia juga ayah kepada satu-satunya anak kami, Aliff Omar. Selama ini, setiap kali memandang Aliff, saya pasti akan terkenangkan wajah Ali memandangkan rupa kedua-dua mereka seakan-akan sama. Kata pepatah air yang dicincang, tidak akan putus malah saya sentiasa meminta Aliff mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ali," katanya kepada Bintang Popular, baru-baru ini.

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI

Dengan wajah menguntum senyuman, Sharifah berkata lagi: "Saya harap usahlah isteri dan keluarga Ali gundah dengan pertemuan kami itu kerana saya berpijak di bumi nyata. Apa yang berlaku dulu menjadi satu sejarah dan kenang-kenangan.

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI
Aliff disamping bapanya.. Ali Bakar dihari pengkebumiannya ibunya,.anak yg baik'(Alif),adalah anak yg sentiasa mendoakan kesejahteran ibunya baik dunia mahupun akhirat..insyaAllah

Tak mungkin kami akan kembali bersama tetapi antara kami tetap ada penyambung kasih iaitu Aliff. Baik saya mahupun Ali, kami masing-masing ada tanggungjawab terhadap keluarga dan biarlah kita hidup dalam berbaik sangka dan menjauhi prasangka."

Ibu rebah sebaik Sharifah Aini disemadikan

Ibu kepada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas tidak dapat menahan kesedihan apabila jenazah anaknya itu dikebumikan hari ini.

Sharifah Noor, 80, rebah ke tanah sebaik jenazah Allahyarhamah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tengahari tadi.

Beliau kemudiannya dipapah oleh anggota keluarga dan dibawa ke satu khemah yang disediakan di kawasan tanah perkuburan tersebut untuk berehat buat.

Kelibat Siti

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI

Kehadiran Siti Nurhaliza sememangnya ditunggu-tunggu kebanyakan pihak media yang awal-awal lagi sudah membanjiri Masjid At-Taqwa sedari jam 8 pagi lagi. Rata-ratanya mahu mendapatkan komen Siti Nurhaliza mengenai pemergian Sharifah Aini atau Kak Pah yang amat tidak diduga ini. 

Siti nyata hadir bersama suami tecinta, Dato' Khalid Mohd Jiwa (Dato' K) dengan pakaian sedondon serba hitam, namun Siti berpisah buat seketika daripada Dato' K kerana mahu bersama golongan muslimah lain yang berada di dalam masjid itu untuk membacakan Yassin. 

Sepanjang membacakan surah tersebut, air mata Siti tak henti-henti mengalir dan sesekali dia menyeka air matanya dengan tangannya yang mulus. 

Pasti ada suatu perkara yang membuatkan Siti benar-benar hiba dengan pemergian Kak Pah yang berpunca daripada jangkitan pada paru-paru. Kak Pah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 1,26 pagi setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi pusat perubatan tersebut sejak Selasa lalu. 

Ditemui selepas selesai membaca Yassin, Siti Nurhaliza yang masih tidak dapat menahan rasa hiba dan sebak  berkata, bukan semudah itu bagi seseorang umat Islam  untuk meninggal dunia pada bulan ramadan yang penuh barakah. 

Namun, pemergian arwah jelas menunjukkan bahawa dia adalah insan hebat yang dipilih oleh Allah SWT untuk pergi meninggalkan kita semua pada bulan yang cukup mulia ini.

"Bagi saya arwah seorang insan yang hebat. Subhanallah... Tidak semua orang memiliki keistimewaan ini dan bagi saya Allah memang cukup menyayanginya.

"Kita ini pula bagaimana? Kita sendiri tidak tahu di mana bahagian kita. Sebab itu saya kata dia insan yang hebat serta terpilih.

"Malah, dia juga banyak beri kegembiraan kepada masyarakat menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan dan menggembirakan orang itu juga adalah satu ibadah. 

"Secara peribadi saya sendiri amat mengkagumi diri sebagai seorang insan seni. Caranya berinteraksi dengan penonton, caranya membuat persembahan dan lagu-lagu yang dibawakannya membezakan dia dengan insan seni yang lain. 

"Arwah bapa saya sendiri amat meminati arwah dan dia cukup menyukai suara arwah serta lagu-lagu yang arwah bawakan pada zaman aktifnya dulu," kata Siti kepada Portal Murai. 

Jelas Siti lagi, biarpun tidak begitu rapat dengan arwah, namun dia bersyukur apabila diberi kesempatan untuk menjayakan sesi fotografi bersama arwah untuk akhbar Berita Harian. 

"Momen tersebut memberi kesempatan kepada saya untuk mendekati serta mengenalinya secara lebih dekat lagi dan daripada situ saya dapat rasakan kasih sayang seorang ibu yang ada padanya. 

"Dan, percayalah di sebalik kontroversi yang penah melanda kami berdua dulu, saya tidak pernah menyimpan ia di dalamhati saya. Lillahi Taala. Malah saya sentiasa doakan kebahagian serta kegembiraannya. 

"Saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk beraksi bersama dengan arwah di pentas yang sama. 2 kali dan kali terakhir adalah di pentas AJL bersama-sama dengan Kak Ziana Zain," katanya. 

Jelas Siti lagi, dia sendiri amat meminati lagu-lagu Kak Pah dan antara lagu yang diminatinya adalah Seri Dewi Malam serta Hapuslah Air Matamu. 

PESANAN ALLAHYARHAMAH BUAT ANAKNYA ALIFF

15hb April hari jadi anaknda saya Aliff Omar yang ke 31 tahun……Happy Birthday @ Selamat hari jadi sayang….Buah hati pengarang jantung Mami.

Mami do’akan kesejahteraan buat Aliff diDunia & Akhirat kelak…..Mami bersyukur kepada ALLAH yang telah mengurnia kan anak seperti Aliff…. Mami bertuah punya anak seperti Aliff…. Aliff anak yang baik tidak pernah meninggikan suara kepada Mami…..sememang nya sejuk perut Mami mengandungkan Aliff.

Kita berdua telah melalui satu perjalanan yang jauh selama 31 tahun sebagai keluarga….Mami bukan Ibu yang Sempurna…...Mami juga bukan Manusia yang sempurna…disini Mami dengan rendah hati selama 31 tahun ini membesarkan Aliff jika ada yang tidak menyenang kan hati Aliff sempena hari jadi Aliff….Mami mohon berbanyak-banyak kema’afan…Tentu nya ada masa dan ketika kita melalui warna-warna kehidupan dan menghadapi sedikit masa’alah seperti keluarga orang lain....itu lah lumrah kehidupan.

Setiap solat Mami sebagai Ibu......Mami sujud dan memohon kepada ALLAH semoga ALLAH ampunkan semua dosa Aliff ……Mami ingin melihat Aliff berjaya menjadi Pendakwah yang berjaya….Mami tahu, Aliff berada di Madinah selama 11 tahun belajar ilmu ALLAH…..Dugaan untuk Aliff pun bukan kepalang.

Semoga ALLAH memberi ganjaran Jannah untuk Aliff kerana menjadi anak yang baik…………Semoga ALLAH pelihara kehidupan Aliff dengan Rahmah & Baraqoh..….Mami pohon ALLAH panjang kan usia Mami agar dapat melihat Aliff bekeluarga.

Tapi jika Mami pulang keRahmatullah terlebih dahulu......Mami ingin Aliff tahu betapa Sayang & Kasih nya Mami pada Aliff.
Kasih IBU Membawa keSyurga wahai anak ku.

-Sharifah Aini

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI
Jenazah Allahyarham Sharifah Aini tiba di tanah perkuburan bkt Kiara kira-kira jam 11.30 pagi.

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI
Anak lelaki tunggal Allahyarham, Aliff Omar turun untuk membantu menurunkan jenazah ke liang lahad.

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI

KISAH CINTA SHARIFAH AINI DAN BEKAS SUAMI
Bersemadilah Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment