Tuesday, July 1, 2014

Artis melayu buka tudung lepas insaF??



Sepanjang hari ini, industri hiburan tempatan sedikit kecoh dengan kontroversi yang dikaitkan dengan penyanyi kelahiran Brunei, Nina Iskandar berhubung isu membuka tudungnya selepas mengambil keputusan berhijrah beberapa bulan lalu.

Ia berikutan tindakan Nina memuatnaik satu video dan gambarnya tidak memakai tudung di lamanInstagram yang jelas menampakkan bahagian rambut beliau.



Aktres berusia 23 tahun itu yang dihubungi mStar Online hari ini menafikan dia pernah membuka tudungnya sejak berhijrah awal tahun ini melainkan video dan gambar yang dikongsikannya diambil ketika beliau masih belum berhijrah.

No comments:

Post a Comment