Wednesday, July 23, 2014

MH17: JAKIM kerjasama dengan KAGAT urus jenazah cara Islam

MH17: JAKIM kerjasama dengan KAGAT urus jenazah cara Islam
Add captiKetua unit forensik Belanda, Peter Van Vilet, turun dari gerabak yang menempatkan mayat-mayat mangsa MH17. -AP Photo/Vadim Ghirda

KUALA LUMPUR: Pasukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjsama dengan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam urusan jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine pada Khamis lepas.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan berkata, JAKIM dan KAGAT setakat ini masih tidak dapat berbuat apa-apa dan menunggu kelulusan serta kebenaran pihak berkuasa sebelum fasa seterusnya dimulakan.

"Kami setakat ini akan menguruskan jenazah orang Islam setelah dikenalpasti oleh pakar dalam pasukan yang sama.

"Jika ia tidak dikenal pasti, mayat itu akan diuruskan secara keseluruhannya mengikut pengurusan jenazah orang Islam," katanya.

Pasukan JAKIM dan KAGAT merupakan sebahagian dari pasukan yang diketuai Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangani isu berkaitan tragedi MH17 umumnya selain membantu menguruskan jenazah penumpang yang beragama Islam.

Kata Othman, pasukan ini juga akan memberikan sebarang kerjasama dalam bentuk berlainan jika diperlukan ketua misi yang diketuai MKN.

Pada jumaat, pasukan penyiasat malaysia yang ditugaskan menyiasat kejadian itu tiba di Kiev.

Ia dianggotai 131 orang termasuk anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), pegawai forensik polis, pegawai perubatan serta pegawai JAKIM.

Sebelum ini JAKIM memberitahu, pihaknya menghantar 10 imam ke Kiev, Ukraine untuk membantu dari aspek pengurusan jenazah dan bimbingan berkaitan agama ekoran tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas semalam.

Perwakilan JAKIM itu diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat.

Pada Ahad,pasukan siasatan khas Malaysia mengadakan solat hajatyang diimamkan Abdul Manaf bagi memperoleh laluan mudah untuk memasuki kawasan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.



No comments:

Post a Comment