Friday, July 18, 2014

Nahas MH17: Bapa sedih tidak dapat sambut Aidilfitri bersama anak

SEPANG: Perasaan teruja dan gembira untuk menyambut Aidilfitri bersama anak-anak bertukar hiba apabila anak lelaki yang juga penumpang pesawat MH17, Mohd Ali Mohd Salim, 30, yang dijadual tiba di tanah air dari Amsterdam jam 6.15 pagi ini dilaporkan terhempas di Ukraine, sempadan Russia, malam tadi.

Itulah yang dirasai bapa penumpang, Mohd Salim Sarmo yang mengetahui mengenai tragedi itu di saluran berita Astro Awani, lewat malam tadi.


Pemandu teksi berasal dari Muar, Johor itu berkata, anaknya yang kali terakhir menghubungi beliau pada 12 Julai lalu dilihat cukup ceria dan gembira ketika memaklumkan kepulangannya selama sebulan sempena menyambut Hari Raya di kampung. 

Sementara itu, abang Mohd Ali, Zaki Mohd Salim, 34, berkata beliau sudah berjanji dengan adiknya untuk menanti kepulangan penuntut jurusan psikologi di sebuah universiti di Amsterdam itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.15 pagi ini.

Namun tidak menyangka tragedi ini berlaku kepada pesawat yang dinaiki Mohd Ali.

No comments:

Post a Comment