Tuesday, July 1, 2014

Langkah maut di bazar Ramadan

Putrajaya: Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam longkang di tapak Bazar Ramadan, di Presint 2, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa Muhammad Kamal Salleh Hodin, 34 dipercayai terjatuh ketika melangkah untuk cuba melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.
Seorang saksi dikenali Shahrin, 40, berkata, dia ternampak mangsa terjatuh ke dalam longkang dan kepalanya berlumuran darah.

"Mangsa cuba dibantu orang ramai yang mengunjungi bazar berkenaan, kebetulan terdapat dua jururawat berada di tempat kejadian dan membantu mangsa.


Foto
"Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan walaupun sudah diberikan bantuan pernafasan oleh dua jururawat berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa yang juga kakitangan Kementerian Sumber Asli disahkan meninggal dunia jam 5.50 petang.
P/s- Semoga Roh beliau dicucuri rahmat...amen! Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment