Thursday, July 3, 2014

Zizan Minta Maaf

beautifulnara
Zizan Razak meminta pihak media dan masyarakat memberi sedikit masa kepadanya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi syarikat pengurusannya Wire Fame.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata perkara tersebut merupakan masalah antara dia dengan rakan niaganya iaitu Marina Juki dan ia merupakan hal sulit dan peribadi berkaitan syarikat tersebut.
“Saya berharap semua pihak memberi saya sedikit masa untuk menyelesaikan isu ini kerana ia melibatkan masalah rakan niaga dan juga merupakan isu peribadi syarikat itu.
“Saya akan menghubungi pihak media untuk memberi penjelasan selanjutnya apabila keadaan membolehkan saya berbuat demikian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membekukan dua akaun milik syarikat pengurusnya Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.
Pada 26 Jun lalu, bekas pengurus dan juga rakan kongsinya Marina Juki dalam satu sidang media memberitahu tindakan itu membuatkan syarikat tersebut tidak dapat beroperasi sehingga bayaran kepada artis di bawah naungan syarikat itu tersekat.
Marina turut meminta Zizan mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat berkenaan.
Artis-artis Wire Fame ialah Johan As’ari, Kaka Azraff dan Cacha Maembong.
Sementara itu, ditanya tentang pengugurannya dalam program hiburan Melodi Ahad lalu, Zizan berkata ia adalah disebabkan tempoh kontrak yang sudah tamat.
Katanya, ia merupakan perkara biasa yang terjadi kepada semua selebriti yang pernah menjadi pengacara program itu.
“Saya bukan digugurkan tetapi memang kontrak saya sudah tamat dan itu merupakan perkara biasa yang terjadi kepada semua selebriti yang pernah menjadi pengacara Melodi.
“Selama empat tahun saya memang ada hubungan baik dengan produksi tersebut dan tiada sebarang masalah antara kami.
”Saya sudah tahu perkara ini sejak sebulan lalu tetapi memikirkan bagaimana untuk beritahu kepada peminat,” katanya. mStar

No comments:

Post a Comment