Friday, July 25, 2014

NASIONAL Nahas MH17: ‘Kami mahu mayat lengkap’


Petra Jaya: “Kami reda, walaupun harapan untuk membawa balik jenazah mereka sebelum Aidilfitri mungkin tidak menjadi kenyataan.

“Kami juga berharap pihak penyiasat melakukan yang terbaik untuk memastikan mayat dibawa balik nanti lengkap, bukannya badan mereka, tetapi kaki atau tangan milik orang lain,” kata Dayang Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, mengenai perkembangan terbaharu nahas pesawat MH17, semalam. 


Ibu kepada mangsa, Ariza Ghazalee, 46, itu mengakui beliau tidak sabar untuk menatap wajah anak, menantu serta empat cucunya itu, namun beliau akur dengan kesukaran yang dihadapi pasukan penyiasat di Belanda untuk memastikan mayat mangsa lengkap sebelum diserahkan kepada waris masing-masing. 

“Saya faham, mereka (penyiasat) juga mahu melakukan yang terbaik, sebab itu kami sekeluarga reda walaupun terpaksa menunggu lebih lama untuk menerima jenazah mereka,” katanya ketika ditemui di kediaman anaknya di Semariang, di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia tidak mungkin dapat dibawa pulang sebelum Aidilfitri.


Sabar tunggu kepulangan
Di Shah Alam, kakak Pembantu Juruterbang MH17, Muhammad Firdaus Abdul Rahim, Roziana Nor, 28, berkata mereka menanti jenazah walaupun prosesnya berbulan.

“Penantian sememangnya rumit dan menyedihkan, tetapi kami teringin menatap wajah Jaja (Muhammad Firdaus) buat kali terakhir sebelum dia disemadikan.

Di Putrajaya, waris penumpang, Shahadat Edid Bey, 56, berkata beliau reda jika jenazah hanya dapat dibawa balik selepas Aidilfitri. 


Shahadat, anak saudara kepada seorang penumpang pesawat MH17, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, berkata mereka sekeluarga menerima apa saja kemungkinan dengan hati terbuka.

No comments:

Post a Comment