Menurut Hishammuddin, ketika perjumpaan pada 29 Mac bersama ahli keluarga penumpang di Hotel Everly, mereka mahu agar beliau tidak berputus asa dalam misi pencarian pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi.
“Jangan berputus asa dan teruskan usaha pencarian walau bagaimana sukar sekali pun, tolong cari mereka yang masih hidup, itu pinta mereka.
“Saya jawab, itu selalu menjadi keutamaan saya, bukan pesawat dan kotak hitam tetapi orang yang di dalam kapal,” katanya di dalam wawancara tersebut.
Di dalam temuramah selama tujuh minit itu, Hishammudian yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan mengakui permintaan untuk diwawancara sangat tinggi namun beliau memilih CCTV sekali lagi kerana stesyen TV berkenaan ditonton oleh majoriti rakyat China.
“Saya mahu bercakap dengan mereka (rakyat China) dari hati ke hati, saya rasa adalah penting untuk berbuat demikian hari ini melalui anda, James dan CCTV.
“Saya mahu kata-kata ini sampai kepada 1.4 bilion rakyat China” katanya kepada James.
Menyingkap pertemuannya dengan seorang wanita hamil yang merupakan salah seorang ahli keluarga penumpang dari China, Hishammuddin menyifatkan ia sesuatu yang amat menyedihkan dan memberi kesan mendalam kepadanya.
“Itu merupakan kali pertama saya bertemu dengan dia, saya berjanji tidak akan berputus asa dalam misi pencarian dan saya juga minta dia berjanji untuk mejaga kesihatannya” katanya.
Hishammuddin turut menceritakan bagaimana wanita berkenaan tahu mengenaiinsiden helikopter terbalikyang dialami beliau dan keluarga pada 5 Mei 2013.
Video wawancara bahagian pertama ini telah dimuatnaik di laman Youtube CCTV malam tadi- Awani
No comments:
Post a Comment