Friday, July 25, 2014

Bangkai pesawat Air Algerie ditemui di Mali

OUAGADOUGOU: Bangkai pesawat Air Algerie yanghilangpada Khamis ditemui di Mali berdekatan sempadan Burkina Faso, menurut koordinator ketenteraan di Ouagadougou.

Pesawat itu membawa 116 penumpang.

"Kami telah menemui pesawat Algeria itu. Lokasi bangkai pesawat itu telah dikenalpasti iaitu 50km utara berdekatan sempadan Burkina Faso di wilayah Gossi di Mali, menurut jeneral Gilbert Diendiere.

"Buat masa ini kita tiada maklumat lanjut berkenaan nasib penumpang." katanya.

Punca nahas juga masih belum dikenalpasti.

Seorang saksi berkata melihat pesawat itu jatuh di wilayah Gossi.

Menurut Menteri Luar Laurent Fabius, pesawat AH5017 itu berlepas dari Ouagadougou ke Algiers dengan membawa 51 penumpang warga Perancis terputus hubungan akibat cuaca buruk.

Menurut sumber penerbangan, pesawat itu turut membawa 24 warga Burkina Faso, Algeria (6), Sepanyol (6), Kanada (5), Jerman (4) dan Luxembourg (2).

NASIONAL Nahas MH17: ‘Kami mahu mayat lengkap’


Petra Jaya: “Kami reda, walaupun harapan untuk membawa balik jenazah mereka sebelum Aidilfitri mungkin tidak menjadi kenyataan.

“Kami juga berharap pihak penyiasat melakukan yang terbaik untuk memastikan mayat dibawa balik nanti lengkap, bukannya badan mereka, tetapi kaki atau tangan milik orang lain,” kata Dayang Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, mengenai perkembangan terbaharu nahas pesawat MH17, semalam. 


Ibu kepada mangsa, Ariza Ghazalee, 46, itu mengakui beliau tidak sabar untuk menatap wajah anak, menantu serta empat cucunya itu, namun beliau akur dengan kesukaran yang dihadapi pasukan penyiasat di Belanda untuk memastikan mayat mangsa lengkap sebelum diserahkan kepada waris masing-masing. 

“Saya faham, mereka (penyiasat) juga mahu melakukan yang terbaik, sebab itu kami sekeluarga reda walaupun terpaksa menunggu lebih lama untuk menerima jenazah mereka,” katanya ketika ditemui di kediaman anaknya di Semariang, di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia tidak mungkin dapat dibawa pulang sebelum Aidilfitri.


Sabar tunggu kepulangan
Di Shah Alam, kakak Pembantu Juruterbang MH17, Muhammad Firdaus Abdul Rahim, Roziana Nor, 28, berkata mereka menanti jenazah walaupun prosesnya berbulan.

“Penantian sememangnya rumit dan menyedihkan, tetapi kami teringin menatap wajah Jaja (Muhammad Firdaus) buat kali terakhir sebelum dia disemadikan.

Di Putrajaya, waris penumpang, Shahadat Edid Bey, 56, berkata beliau reda jika jenazah hanya dapat dibawa balik selepas Aidilfitri. 


Shahadat, anak saudara kepada seorang penumpang pesawat MH17, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, berkata mereka sekeluarga menerima apa saja kemungkinan dengan hati terbuka.

Haram guna sabun susu ibu: JAKIM

Kuala Lumpur: Penggunaan susu ibu dalam penghasilan produk seperti sabun atau peralatan kosmetik adalah haram, demikian keputusan mesyuarat panel pakar syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Hasil mesyuarat ke-86 pada pertengahan Jun lalu itu dibuat berdasarkan kaedah fekah yang bermaksud, sesuatu yang diharamkan untuk digunakan, ia juga haram untuk diambil dan diproses sebagai sabun. 

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata keputusan itu juga mengambil kira dasar Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan yang menetapkan susu ibu atau sebarang bahan berasal daripada manusia tidak boleh digunakan dalam penghasilan produk kosmetik termasuk dalam penyediaan sabun. 


Tiada bukti saintifik 

Mengulas laporan BH mengenai beberapa kumpulan usahawan wanita di China cuba mengubah fungsi susu ibu dengan menjualnya dalam bentuk produk kecantikan, beliau berkata, keputusan panel pakar syariah JAKIM itu selaras dengan peraturan ditetapkan Annex II, Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. 

“Sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong tahap keselamatan atau keberkesanan susu ibu dalam produk kosmetik. Kedudukan manusia tinggi di sisi Allah berbanding makhluk lain, jadi semua anggota atau apa saja berasal daripada tubuh manusia perlu dihormati dan dimuliakan, tak boleh dimanfaatkan sewenang-wenangnya kecuali terdesak. 
“Keadaan terdesak apabila ada kemudaratan yang boleh memusnahkan lima perkara dipelihara syariat, iaitu agama, akal, tubuh, maruah dan harga serta apabila tiada bahan lain yang diharuskan oleh syarak bagi menghilangkan kemudaratan berkenaan. Jadi, dilarang penggunaan susu ibu untuk kosmetik atau kegunaan luaran manusia. 

“Ia demi memuliakan kedudukan manusia sendiri. Bahkan, masih banyak bahan utama lain boleh menggantikan fungsi susu isu dalam penghasilan sabun,” katanya dalam satu kenyataan ketika mengulas penggunaan sabun susu ibu, diperkenalkan sebagai produk rawatan kulit yang dilaporkan jadi kegilaan di beberapa wilayah di China. 

Ia juga hangat dijual di laman beli-belah dalam talian ‘Taobao’ dan didakwa mampu menjadikan kulit lelaki dewasa lebih putih, sihat, licin dan cantik. 

Mengenai tindakan kumpulan tertentu di negara ini berkongsi tips menghasilkan sabun dari susu ibu dan menjual produk berkenaan, Othman berkata, anggota atau apa-apa berasal daripada tubuh manusia tidak boleh dijual beli dan digunakan untuk tujuan kosmetik atau kegunaan luaran walaupun lebihan perahan susu sendiri. 


“Bahkan sehingga kini tiada kajian saintifik yang mengesahkan khasiat susu ibu sebagai sabun. Jika wanita mempunyai lebihan susu yang selamat daripada penyakit berjangkit atau kesan ubat-ubatan yang diambil sebelum susu diperah, dia boleh mencari anak susuan yang benar-benar memerlukan susu ibu,” katanya.

51 lagi keranda dibawa ke Belanda

Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) memindahkan mayat-mayat mangsa MH17 untuk tugasan forensik di Kharkiv (Ukraine) semalam. Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai hari ini. - BERNAMA

KHARKHIV, Ukraine 24 Julai - Dua pesawat tentera digunakan untuk membawa 51 keranda yang mengandungi mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine minggu lepas, pada hari kedua penghantaran ke Belanda hari ini.

Kerajaan Ukraine berkata, dua pesawat tentera Belanda itu berlepas pada kira-kira 12 tengah hari dari Kharkiv selepas kumpulan pertama jenazah mangsa pesawat MH17 tiba di Belanda, semalam dan disambut oleh pemerintah negara itu, Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima serta beratus-ratus ahli keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 mayat penumpang pesawat itu telah dihantar melalui kereta api dari kawasan kejadian berhampiran Torez ke Kharkhiv.

Dalam kejadian yang berlaku minggu lepas, seramai 298 orang terbunuh apabila pesawat MH17 ditembak jatuh ketika melalui ruang udara timur Ukraine.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Tony Blair berkata, Australia menghantar 50 pegawai polis ke London sebagai persediaan untuk menyertai pasukan antarabangsa mengawal keselamatan kawasan kejadian nahas di Ukraine.

"Kementerian Luar Australia dan Belanda kini dalam rundingan meminta persetujuan untuk menempatkan pasukan antarabangsa untuk mengawal kawasan nahas,'' katanya. - AGENSI



Lagi Kapal Terbang Terhempas selepas MH17 dan Airlines Taiwan

Pesawat  Air Algerie terhempas
Suasana di sekitar Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso, semalam. - Foto AFPdd caption


Algiers (Algeria): Sebuah pesawat Air Algerie yang membawa 110 penumpang terhempas ketika dalam penerbangan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers, semalam, kata pegawai penerbangan Algeria. 


Tidak ada banyak petunjuk apa yang berlaku kepada pesawat atau yang terbunuh, tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, berkata pesawat itu meminta untuk mengubah laluan jam 0138 GMT (1.38 pagi waktu tempatan) kerana ribut di kawasan berkenaan. 



“Saya boleh mengesahkan yang ia telah terhempas,” kata pegawai Algeria yang enggan dinamakan kepada Reuters. 


Hampir separuh daripada penumpang adalah rakyat Perancis, kata pegawai penerbangan. 

Dua jet pejuang Perancis yang berpangkalan di rantau itu dikerah untuk mengesan dan mencari pesawat itu di laluan penerbangannya, kata jurucakap tentera Perancis. 

Sumber keselamatan Nigeria berkata pesawat berkenaan terbang di kawasan bersempadanan dengan Mali untuk mencari kapal terbang itu. 

Agensi berita Algeria APS melaporkan pihak berkuasa terputus hubungan dengan pesawat AH 5017 selepas sejam ia berlepas dari Burkina Faso, tetapi pegawai lain memberikan kenyataan berbeza mengenai masa hubungan terakhir dibuat. 
Agensi berita AP memetik Ouedrago sebagai berkata pesawat MD-38 itu membawa termasuk 51 warga Perancis, 27 penumpang Burkina Faso, lapan warga Lubnan, enam rakyat Algeria, lima penumpang Kanada dan empat warga Jerman. 

“Selain itu, dua warga negara Jerman, masing-masing seorang rakyat Switzerland, Belgium, Mesir, Nigeria dan Mali, turut terbabit,” kata Ouedraogo. 

Enam kru penerbangan adalah warga Sepanyol, menurut kesatuan juruterbangnya. 

Pesawat itu melakukan komunikasi terakhir sekitar jam 1.30 pagi waktu tempatan, meminta kawalan udara Nigeria mengubah laluannya kerana hujan lebat di kawasan itu.

Thursday, July 24, 2014

Remaja OKU Lebih Berisi, Sudah Dibenarkan Keluar Hospital

DALAM masa sebulan, perubahan fizikal remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, boleh dikatakan cukup mengagumkan.

Bayangkan, ketika ditemui pada 21 Jun lalu di Flat Taman Semarak, Nilai, dia dalam keadaan kurus-kering umpama ‘rangka hidup’.

Bagaimanapun, menerusi gambar terbaru yang dikongsikan Berita Harian, dia bukan sahaja lebih berisi, malah tampak ceria.

Laporan turut menyebut, Firdaus sudah dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jaafar, jam 9.40 pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Abdullah Hanapi, Firdaus akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan sementara terhadap remaja itu.

Hak penjagaan sementara selama sebulan itu dibuat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan Firdaus ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban.



Sumber mynewshub.my

Perubahan penampilan Abby Abadi amat mengejutkan Heliza Helmi

Hanya kerana memiliki bentuk bulu kening mata cantik yang diwarisi dari ibunya, bekas pelakon Abby Abadi dikritik peminat kerana dikatakan mencukur kening.

Begitupun, bekas isteri Norman Hakim itu menafikan berbuat demikian malah beliau kini dilihat semakin berubah ke arah kebaikan dengan mula mengenakan niqab.

Ini semestinya satu perkembangan baik buatnya sejak bercerai dengan Muhammad Noor Farhan pada Jun lalu. Pasti bukan semua wanita yang pernah bergelar artis popular terbuka untuk berubah sepertimana Abby Abadi.

Lebih menarik, beliau dengan berseloroh turut meminta peminat agar mendoakannya supaya dapat bertemu jodoh lelaki yang sesuai dan boleh membimbing dirinya serta anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.








Anak Tomok Bakal Muncul Dalam Rancangan Oprah Winfrey

Satu ketika, zuriat sulung kepada pelantun suara lagu Rindu Terhenti, Tomok pernah menjadi terkenal dek satu video yang kemudian menjadi viral.

Dan baru-baru ini, di laman instagram milik penyanyi itu, dia berkongsi pula satu emel tawaran oleh sebuah produksi antarabangsa untuk menggunakan video yang memaparkan anaknya itu, Arrian Shah Akid.

Bertemu dengan Tomok di sebuah majlis berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini, Tomok memberitahu emel tersebut datang daripada produksi rancangan bersiri Oprah Winfrey.

“Masa dapat emel tu, saya risau juga sebenarnya. Kemudian saya suruh adik saya periksa betul-betul tentang tawaran itu. Jika betul, Alhamdulillah... tetapi jika tidak jadi pun saya tidak kisah," katanya yang memberikan kuasa kepada adiknya untuk menguruskan perkara itu.

Pihak Tomok juga sudah berbalas emel dengan produksi tersebut tentang tujuan sebenar mereka mahu menggunakan salah satu visual yang memaparkan anak kecil itu.

“Perkara ini masih dalam perbincangan. Sebenarnya mereka nak pakai visual ketika majis aqiqah Arrian. Menurut pihak sana, mereka mahu menunjukkan budaya kita.

“Tapi mereka tidaklah mahu pakai keseluruhan visual tersebut, mungkin hanya untuk beberapa saat sahaja bagi menunjukkan budaya orang kita," jelasnya.

Memandangkan video tersebut diambil oleh adiknya, Tomok lebih selesa menyerahkan seluruh proses perbincangan itu kepada adiknya.

“Setakat ini, belum ada lagi bercakap tentang bayaran atau sebagainya," jelasnya.

Menjawab persoalan tentang penampilan anaknya, jelas Tomok, ia adalah untuk membantu mempromosikan budaya tempatan kita.

“Sebelum ini pun, saya tidak pernah membawa anak saya sesi penggambaran tapi yang ini adalah visual yang telah siap. Mereka hanya mahu gunakan sahaja, jadi tak banyak masalah pun," ujarnya.

Jelas Tomok, sejak berumahtangga, dia bersyukur kerana kehidupannya menjadi lebih tenang dan rezekinya semakin mencurah-curah.

“Dulu ada orang kata kalau dah berkahwin, populariti artis akan cepat jatuh. Sebenarnya pandangan itu tidak betul kerana apa yang penting niat kita untuk mencari rezeki dalam industri," jelasnya.

Dapat anak

Bercakap mengenai rezeki, Tomok melahirkan rasa bersyukur kerana raya tahun ini akan bertambah meriah apatah lagi mendapat perkhabaran yang isterinya sedang mengandung anak kedua.
>“Saya dah jumpa doktor dan mungkin pertengahan bulan dua atau tiga, 2015 nanti adalah tarikh bersalin.

“Setakat ini, baru tiga minggu lebih mengandung. Alahan isteri sama sahaja macam tahun lepas, muntah-muntah dan alahan lain yang agak kuat juga.

“Itu yang kadang-kadang saya pun sekali terasa mual. Tapi kami dah bersedia, memang dah beli asam banyak-banyak untuk elak mual," jelasnya.

Menurut Tomok, untuk anak kedua itu, isterinya berharap mereka dikurniakan anak perempuan.

“Kalau boleh isteri kata dia mahukan anak perempuan, sedang elok, dapat sepasang. Bagi saya, apa yang lebih penting ialah untuk melihat dia dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan sihat, apa jantina pun saya tidak ada masalah," jelasnya.

Sumber www.duniaglam.com


NENEK TIRI DS NAJIB ANTARA PENUMPANG MH17




SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.

Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noad adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. –mstar.com.my

BAS EKSPRES 2 TINGKAT MUSNAH TERBAKAR


KUALA LIPIS – Tindakan pantas penumpang bas ekspres dua tingkat yang memaklumkan kepada pemandu tentang bau benda terbakar berjaya menyelamatkan kesemua 39 penumpang dan dua pemandu kenderaan berkenaan.

Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 1.45 tengahari semalam di Kilometer 32 Jalan Kuala Lipis-Merapoh berhampiran Ladang Felda Telang di sini.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berkenaan menyebabkan bas milik syarikat Transnasional yang dalam perjalanan dari Puchong Prima, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan itu musnah terbakar.

“Sejurus dimaklumkan tentang bau benda terbakar, pemandu bas berusia 44 tahun tersebut bertindak segera memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan memeriksa bahagian enjin bas terbabit.

“Sejurus melihat enjin bahagian belakang bas itu mengeluarkan asap dan percikan api, pemandu bas berkenaan bertindak mengarahkan penumpang turun dan cuba menyelamatkan barangan milik penumpang,” katanya.

Abdul Razak berkata, kesemua penumpang dan pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, walau bagaimanapun barang seperti beg pakaian dan keperluan harian kepunyaan tujuh penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat.

“Semua penumpang bas berkenaan kemudiannya meneruskan perjalanan ke destinasi dengan menggunakan bas lain,” katanya. – Sinar Harian Online

Mana Lebih Sakit...Mati Dalam Nahas Kapalterbang Atau Mati Atas Katil?

MENJAWAB SATU ARTIKEL TENTANG MANGSA KAPAL TERBANG

Mati atas kapal terbang atau mati atas katil tetap sakit

RASUL DAN PARA NABI JUGA MERASAI KESAKITAN

ARTIKEL:
"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Cuba kita bygkan keadaan penumpang kat dlm flight tu... Menjerit....menangis...ending terhempas...meletup!!! Cuba bygkan kalau ada ahli keluarga kita kat dlm tu..."

Sebenarnya mati itu walau di mana kita berada...ia tetap sama...Sama yg dimaksudkan SAKIT...Ada riwayat mengatakan Rasulullah menyifatkan sakit mati seperti ditetak 300 bilah pedang. 

Rasulullah sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. 

Pada saat2 akhir itu, Rasulullah memasukkan tangan ke dlm bejana lalu diambil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: 

" Ya Allah, bantulah aku dlm menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan."

Doa Rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, 

" Wahai ayahandaku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. "....... 


Nabi Idris pula pernah meminta nyawanya dicabut utk merasai sakitnya mati. Setelah dihidupkan semula dari kematian sementara, malaikatul maut bertanya,

“Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” Jawab Nabi Idris, “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dlm keadaan hidup2, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” 

Kata malaikat maut, 

“Secara berhati-hati dan tidak kasar yg telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”...Subhanallah...bagaimanala utk kita yg byk berdosa ini.

Satu riwayat lagi, Nabi Isa as telah menghidupkan anak Nabi Nuh iaitu Sam b Nuh dgn keizinan Allah. Bertanya Nabi Isa kpd Sam b. Nuh, “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam, “Semenjak 4000 tahun lalu, maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”


Sekeping Kad Raya Aidilfitri Dijumpai Dilokasi Nahas MH17 Undang Rasa Pilu



Negara kita memang digembarkan dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine dan Russia.

Sehingga ke hari ini pihak berkuasa Malaysia sedang bertungkus lumus untuk menyiasat apa sahaja yang boleh dijadikan jawapan untuk tragedi ini.

PM kita pun dah melakukan pendekatan diplomasi dengan pihak pemberontak pro Russia untuk mendapatkan kotak hitam pesawat dan juga mayat-mayat yang terlibat dengan tragedi ini.

Tetapi ada satu gambar yang  pasti akan menyentuh perasaan setiap rakyat Malaysia. 

Tak dapat dipastikan daripada siapa dan untuk siapa, tetapi kad ucapan Hari Raya yang ditemui di lokasi nahas MH17, boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa sebak.

Kad ucapan yang masih dalam keadaan baik ini ditemui oleh anggota puak pemberontak. Ketika wartawan The Star membuat liputan di lokasi nahas, dia ditemui anggota pemberontak berkenaan. Sebaik mengetahui wartawan tersebut dari Malaysia, dia menyerahkan kad yang beralamat Malaysia itu kepada wartawan terbabit dan meminta agar kad itu diserahkan kepada penerimanya.

Kad ucapan pengganti diri walau diri tak dapat bersama di Hari Raya. Pastinya kad ini akan menjadi kenangan terakhir yang memilukan buat si penerima. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

Gambar sekeping kad raya yang berjaya dijumpai di lokasi nahas. Maklum saja tragedi sedih ini berlaku ketika umat Islam sedang hampir untuk menyambut Syawal.

Al-Fatihah buat yang beragama Islam. 

Buat keluarga mangsa MH17doakan semoga mereka semua tabah dan kuat hadapi situasi ini.





Bekas Pelakon Spanar Jaya juga Mangsa MH17

INGATKAH lagi anda dengan pasangan anak-beranak, Jaya dan Shuba yang menjadi peserta untuk program realiti Mari Menari musim pertama terbitan Astro kira-kira empat tahun lalu?


Rupa-rupanya, Shuba yang juga seorang pelakon adalah antara 298 mangsa yang terlibat
dalam insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine dua hari lalu.

Lebih menyedihkan, suami dan anaknya yang dikenali sebagai Paul Goes dan Kaela juga turut bersama-sama Shuba dalam pesawat itu.

Mengimbas kariernya, dia pernah muncul dalam beberapa drama bersiri seperti Spanar Jaya, Gadis 3 dan juga pernah terlibat dalam pementasan Fourplay, Charley’s Auntie and Hungry for Hope.

Shuba bersama suami dan anaknya dalam perjalanan pulang dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur selepas bertemu dengan keluarga mertuanya di sana sebelum berlakunya tragedi itu.
Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga Jaya dan semoga tabah menghadapi dugaan ini…

Album Gambar Dijumpai Di Lokasi Nahas MH17 Dan Ingin DiPulangkan Kepada Waris Mangsa



106
 

0 


1


DEMURA Ksenia menunjukkan muka surat terakhir album milik salah seorang penumpang MH17


KETIKA pasukan pakar penerbangan meneliti serpihan pesawat di Kampung Petropavlovka, iaitu lokasi kedua nahas pesawat MH17, seorang anak gadis dilihat berlari ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ.

Tidak lama selepas itu, Demura Ksenia kembali dengan sebuah album di tangannya dipercayai milik salah seorang penumpang MH17. Anak gadis berusia 13 tahun itu kemudian menunjukkan album tersebut kepada wartawan yang sedang memerhatikan dari jauh kerja-kerja siasatan dilakukan.

Tanpa berkomunikasi kerana tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, kanak-kanak itu menyelak album tersebut sehelai demi sehelai. Paparan gambar menunjukkan saat-saat bahagia sebuah keluarga yang sedang dalam percutian.

Tiba pada helaian terakhir terpampang gambar seorang lelaki mengangkat tangan umpama sedang melambai berlatarbelakangkan sebuah pulau beserta catatan dalam bahasa Melayu Indonesia.

PAPARAN gambar sebuah keluarga mangsa tragedi MH17 yang sedang bercuti.

Catatan tersebut antara lain berbunyi ; "Sayang Bagia, Marini, Dian dan Dewi, terima kasih banyak atas cinta dan peduli pada ku dan untuk keramahan anda, banyak cinta dari ibu ferial, anda merasa seperti keluarga bagi saya."

Sebaik sahaja menutup album itu, Ksenia menghulurkannya kepada salah seorang wartawan dengan harapan ia dibawa pulang ke Malaysia dan diserahkan kepada keluarga mangsa.

Namun wartawan tersebut enggan menerimanya kerana berpendapat ia adalah bahan bukti.
Kanak-kanak itu kemudian berlari pulang ke rumahnya bersama-sama dengan album tersebut.


Penduduk kampung membina tugu peringatan tragedi MH17.

Hakikatnya, tragedi MH17 terhempas dipercayai ditembak di timur Ukraine sememangnya mimpi ngeri kepada keluarga 298 penumpang pesawat. Tiada siapa menduga kejadian seumpama itu akan menimpa pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu 

Begitu juga dengan kanak-kanak kampung di sekitar kawasan kemalangan pesawat MH17. Mereka tidak pernah mengimpikan insiden ngeri itu boleh berlaku di hadapan mata dan peristiwa itu kini adalah sesuatu yang mereka perlu hadapi. 

Insiden tersebut turut menghantui orang dewasa di Kampung Petropavlovka yang masih lagi mengingati bagaimana serpihan-serpihan pesawat malang itu jatuh di kawasan taman rumah mereka.

Terdahulu, Bondar Roman, 34, menunjukkan serpihan pesawat Boeing, B777-200ER milik Malaysian Airline System Berhad yang berlubang.