Suasana di sekitar Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso, semalam. - Foto AFPdd caption |
Algiers (Algeria): Sebuah pesawat Air Algerie yang membawa 110 penumpang terhempas ketika dalam penerbangan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers, semalam, kata pegawai penerbangan Algeria.
Tidak ada banyak petunjuk apa yang berlaku kepada pesawat atau yang terbunuh, tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, berkata pesawat itu meminta untuk mengubah laluan jam 0138 GMT (1.38 pagi waktu tempatan) kerana ribut di kawasan berkenaan.
“Saya boleh mengesahkan yang ia telah terhempas,” kata pegawai Algeria yang enggan dinamakan kepada Reuters.
Hampir separuh daripada penumpang adalah rakyat Perancis, kata pegawai penerbangan.
Dua jet pejuang Perancis yang berpangkalan di rantau itu dikerah untuk mengesan dan mencari pesawat itu di laluan penerbangannya, kata jurucakap tentera Perancis.
Sumber keselamatan Nigeria berkata pesawat berkenaan terbang di kawasan bersempadanan dengan Mali untuk mencari kapal terbang itu.
Agensi berita Algeria APS melaporkan pihak berkuasa terputus hubungan dengan pesawat AH 5017 selepas sejam ia berlepas dari Burkina Faso, tetapi pegawai lain memberikan kenyataan berbeza mengenai masa hubungan terakhir dibuat.
Agensi berita AP memetik Ouedrago sebagai berkata pesawat MD-38 itu membawa termasuk 51 warga Perancis, 27 penumpang Burkina Faso, lapan warga Lubnan, enam rakyat Algeria, lima penumpang Kanada dan empat warga Jerman.
“Selain itu, dua warga negara Jerman, masing-masing seorang rakyat Switzerland, Belgium, Mesir, Nigeria dan Mali, turut terbabit,” kata Ouedraogo.
Enam kru penerbangan adalah warga Sepanyol, menurut kesatuan juruterbangnya.
Pesawat itu melakukan komunikasi terakhir sekitar jam 1.30 pagi waktu tempatan, meminta kawalan udara Nigeria mengubah laluannya kerana hujan lebat di kawasan itu.
No comments:
Post a Comment