ApabIla BAhAgIA KiTa JGn LupA PaDA Yg KuAsA.. Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang.
Friday, July 4, 2014
nahas ngeri gempar- Kereta Tergelincir di Kelantan (hanya Simulasi)
TUMPAT - Penduduk di sini gempar apabila menyaksikan tiga maut dan 39 cedera dalam nahas kereta api dari Wakaf Bharu-Tumpat terbakar selepas tergelincir di Kampung Kepala Batas di sini, baru-baru ini.
Suasana kelam kabut di tempat kejadian dengan jeritan mangsa meminta pertolongan apabila ada yang tersepit dan lemas terhidu asap dalam kemalangan jam 11 malam.
Sejurus kemudian, kereta peronda polis tiba diikuti beberapa jentera bomba, ambulans, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) tiba di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan awal sebelum dibawa ke hospital.
Ketua Balai Bomba Tumpat, Raja Arisan Raja Semail berkata, anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang cedera.
“Ada daripada mereka yang tersepit dan tiga daripada penumpang meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Bagaimanapun, nahas yang mengerikan itu sebenarnya satu simulasi menyelamatkan mangsa kemalangan membabitkan kereta api.
Pengarah Hospital Tumpat, Dr Norlaili Sabariah Mohd Ghazali berkata, latihan itu untuk menguji tahap kecekapan dan persiapan semua agensi terlibat dalam menangani sesuatu bencana, sekali gus meningkatkan persefahaman dan komunikasi antara agensi.
“Jika berlaku bencana sebenar, masa adalah aspek yang amat penting yang perlu kami lihat dalam usaha menyelamatkan mangsa.
“Ketika latihan ini, kami cuba praktikkan cara terbaik bagi memastikan kerja-kerja menyelamat dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.
Latihan bencana anjuran Hospital Tumpat dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijayakan oleh 311 anggota membabitkan polis, bomba, bomba sukarela, St John, anggota JPAM dan Pasukan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Dr Norlaili berkata, latihan seperti itu diadakan setiap dua kali setahun untuk menguji tahap kecekapan dan persiapan semua agensi terlibat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment