Thursday, July 3, 2014

Felixia Yeap Rasa Seperti Diri Dilahirkan Semula, Kekal Nama Cina

Sebenarnya kami sudah berada di lokasi dikatakan tempat Felixia Yeap bakal melafazkan kalimah dua syahadah sebagai tanda beliau memeluk Islam namun di saat akhir, model dan personaliti media ini khabarnya merubah lokasi untuk mengelak media. Kami faham
#63 Felixia Yeap Rasa Seperti Diri Dilahirkan Semula - ROTIKAYA

Namun dalam tulisan terbaru di blog beliau yang bertarikh hari ini (3 Julai 2014), Felixia Yeapada menceritakan perjalanan beliau dari zaman remaja sehingga dewasa mencari jalan sebenar dalam kehidupan sehinggalah beliau bertemu dengan agama Islam.
“Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana. Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu,” tulisnya hari ini.
Dalam tulisan sama, Felixia Yeap menegaskan yang beliau akan terus menggunakan nama asal dengan penambahan nama dari mimpi di hadapan.
“Saya masih berbangsa Cina dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud Ketenangan, Keanggunan (Silent Grace). Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal”
Felixia Yeap yang berkali bekata yang beliau sudah pun Islam dalam hati merasakan yang hari ini seperti hari kelahiran semula dirinya dan bukan sekadar ulangtahun kelahiran.
“Hari ini adalah tarikh bersejarah untuk saya. Ia umpama satu kelahiran semula. Kebetulan pula, untuk tahun ini, tarikh lahir saya itu jatuh pada 5 Ramadan. Saya lebih teruja apabila mengetahui tarikh ini juga jatuh pada Khamis, iaitu hari kegemaran Nabi Muhammad SAW,“ tambahnya.
Kami yakin jika tiada liputan media pun untuk acara lafaz dua kalimah syahadah Felixia Yeap, gadis ini sudah pun rasmi bergelar seorang Islam dan sama samalah kita doakan yang hidayah yang diterima ini akan memandu beliau ke kehidupan yang lebih baik, Insya-Allah. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment