Friday, July 18, 2014

Nahas MH17: Pembantu juruterbang peramah - jiran

SEREMBAN: Pembantu juruterbang pesawat MH17, Choo Jin Leong Eugene, 45, disifatkan sebagai seorang jiran yang baik dan peramah. 

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, 45, yang kebetulan tinggal tidak jauh dari kediaman mangsa di sebuah perumahan elit di Seremban 2, berkata Eugene sering bertegur sapa dengan jiran tanpa mengira bangsa. 

"Beliau seorang yang baik dan sering dilihat beramah mesra dengan penduduk di kawasan ini tanpa mengira bangsa. 

"Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada Sabtu lalu namun tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi. 

Mohd Ridzuan berkata, dia melihat keluarga mangsa amat sedih dengan kejadian itu dan rumah itu menjadi lokasi saudara mara berkumpul sejak jam 5 pagi tadi. 


Cubaan media untuk menemubual keluarganya tidak berhasil kerana tidak dibenarkan masuk ke perumahan itu oleh pihak kawalan keselamatan yang mendakwa menerima arahan pihak atasan, manakala isteri Eugene difahamkan sudah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

No comments:

Post a Comment