Elaun Baru Kakitangan Awam : Kos Sara Hidup yang semakin tinggi, akhirnya mendesak
CUEPACS untuk mengusulkan idea agar diwujudkan elaun baru bagi kakitangan awam iaitu
Elaun Bandar dengan bayaran sebanyak RM 400 ke RM 500 sebulan.
Desakan untuk terus hidup dalam keadaan sekarang amatlah kuat.Pelbagai tekanan dirasai,
tidak kiralah pekerja swasta mahupun kakitangan awam.Semua merasa kesannya.
Dan ini juga bukan kali pertama CUEPACS mendesak kerajaan untuk menaikkan elaun
kakitangan awam yang dikatakan hampir 14 tahun tidak berubah, sedangkan cabaran dan
jumlah elaun yang diberikan, kuasanya amat sedikit.(Baca Di SINI).Sudah banyak kali.Tapi
, kakitangan awam tetap hampa.
Elaun Bandar RM 400-RM 500 Sebulan Bagi Kakitangan Awam
- Laporan dari Utusan Malaysia, CUEPACS mencadangkan pewujudan Elaun Bandar di antara RM 400 ke RM 500 sebulan.
- Elaun Bandar diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan beban kewangan penjawat awam, terutamanya yang bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya, Ipoh, Johor Bahru.
- Ianya perlu diwujudkan bagi meningkatkan produktiviti kerja dan prestasi kakitangan awam yang sekarang ini dikhuatiri terjejas oleh kerana masalah beban kewangan sehingga terpaksa melakukan kerja selepas waktu pejabat bagi menampung kehidupan.
- Apa pendapat kakitangan awam dengan cadangan CUEPACS memperkenalkan Elaun Bandar?
No comments:
Post a Comment