Monday, July 21, 2014

Polis siasat wanita Korea berbaju ayat al Quran

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan akan diambil 
mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Foto

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) peka dengan apa berlaku. Insya-Allah kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada. Percayalah. 
Foto

"PDRM tidak akan berat sebelah. Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita," katanya dalam entri terbaru Twitter beliau. 


Khalid berkata, wanita itu, yang baru tiba di Malaysia, dipercayai membeli 
baju berkenaan ketika melancong di India. 

Sejak semalam, laman sosial Facebook menyiarkan gambar dan catatan mengenai 
wanita itu sedang dimarahi seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya 
di Taman Dagang, Ampang dekat sini kerana memakai pakaian yang tertera ayat-ayat 
al Quran. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad yang 
mengesahkan kejadian itu berkata laporan polis sudah dibuat sejurus gambar 
wanita berkenaan tersebar dalam Facebook. 

"Kami sendiri yang membuat laporan polis kerana tiada orang awam yang 
membuat laporan dan siasatan sudah dijalankan", katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A (1) Kanun 
Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun jika sabit 
kesalahan. - Bernama

No comments:

Post a Comment