Thursday, July 24, 2014

Sekeping Kad Raya Aidilfitri Dijumpai Dilokasi Nahas MH17 Undang Rasa Pilu



Negara kita memang digembarkan dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine dan Russia.

Sehingga ke hari ini pihak berkuasa Malaysia sedang bertungkus lumus untuk menyiasat apa sahaja yang boleh dijadikan jawapan untuk tragedi ini.

PM kita pun dah melakukan pendekatan diplomasi dengan pihak pemberontak pro Russia untuk mendapatkan kotak hitam pesawat dan juga mayat-mayat yang terlibat dengan tragedi ini.

Tetapi ada satu gambar yang  pasti akan menyentuh perasaan setiap rakyat Malaysia. 

Tak dapat dipastikan daripada siapa dan untuk siapa, tetapi kad ucapan Hari Raya yang ditemui di lokasi nahas MH17, boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa sebak.

Kad ucapan yang masih dalam keadaan baik ini ditemui oleh anggota puak pemberontak. Ketika wartawan The Star membuat liputan di lokasi nahas, dia ditemui anggota pemberontak berkenaan. Sebaik mengetahui wartawan tersebut dari Malaysia, dia menyerahkan kad yang beralamat Malaysia itu kepada wartawan terbabit dan meminta agar kad itu diserahkan kepada penerimanya.

Kad ucapan pengganti diri walau diri tak dapat bersama di Hari Raya. Pastinya kad ini akan menjadi kenangan terakhir yang memilukan buat si penerima. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

Gambar sekeping kad raya yang berjaya dijumpai di lokasi nahas. Maklum saja tragedi sedih ini berlaku ketika umat Islam sedang hampir untuk menyambut Syawal.

Al-Fatihah buat yang beragama Islam. 

Buat keluarga mangsa MH17doakan semoga mereka semua tabah dan kuat hadapi situasi ini.





No comments:

Post a Comment