TAIWAN 23 Julai - Seramai 51 orang terkorban selepas sebuah pesawat komesial Taiwanese Airline, TransAsia Airways merempuh sebuah bangunan kediaman ketika sedang melakukan pendaratan kecemasan di Pulau Pengu, di sini.
Agensi berita CNA melaporkan, nahas itu berlaku di luar kawasan lapangan terbang Magong pada kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Pesawat GE 222 itu dalam penerbangan dari lapangan terbanga Kaohsiung ke pulau Magong pada kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) dan dijadual mendarat di pulau Magong 35 minit kemudian.
Menurut laporan CNN, ketika kejadian taufan berlaku di sekitar pulau berkenaan dan jarak penglihatan yang buruk menyebabkan pesawat mengalami kesukaran untuk mendarat.
"Sebanyak 51 orang dikhuatiri terbunuh dan tujuh lagi cedera," kata pegawai Pentadbiran Penerbangan Awam Taiwan, Shen Chi kepada pemberita,
Pesawat Taiwanese Airline berkenaan dilaporkan membawa 55 orang penumpang dan empat orang anak kapal. - AGENSI/AFP
No comments:
Post a Comment